APAKAH KONSEP KECERGASAN?
Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.