TEKNIK MEMANASKAN BADAN
Mengapa kita perlu memanaskan badan?
Memanaskan badan atau warming up boleh membantu badan anda bersedia untuk melakukan aktiviti aerobik iaitu aktiviti lasak. Dengan memanaskan badan, sistem pernafasan dan kardiovaskular akan meningkat secara berperingkat kemudian darah yang mengalir ke otot akan turut meningkat serta menaikkan suhu badan. Sekiranya kita melakukan aktiviti lasak secara mengejut, badan akan mengalami pelbagai masalah seperti kejang otot dan cedera.
Bagaimana hendak memanaskan badan?
Pemanasan badan boleh dilakukan sebelum memulakan aktiviti. Secara amnya, pemanasan badan difokuskan pada otot utama semasa memanaskan badan seperti hamstring (pangkal peha). Kemudian anda boleh melakukan senaman ringan lebih spesifik kepada jenis sukan anda. Contohnya, jika lari pecut, panaskan badan dengan berlari anak; jika aktiviti berkayak, panaskan otot bahagian lengan menggunakan pengayuh kayak; jika bersilat, panaskan otot dengan tumbukan dan tendangan dan sebagainya. Kalau boleh, panaskan badan sehingga anda berpeluh sedikit tapi jangan sampai kepenatan!
Berikut adalah contoh gerakan memanaskan badan:
- Panaskan badan untuk aktiviti jalan pantas: Berjalan perlahan selama 5-10 minit
- Panaskan badan untuk aktiviti berlari: Berjalan pantas 5-10 minit
- Panaskan badan untuk latihan kekuatan (seperti menggunakan pemberat, dumbbell dll): Gerakkan sendi dan otot mengikut pola pergerakan semasa menggunakan pemberat tetapi jangan gunakan pemberat
- Panaskan badan untuk bermain bola sepak: Berlari anak membawa bola mengikut gerakan latihan yang dipelajari tetapi lebih perlahan
- Panaskan badan untuk berenang: Berenang perlahan selama beberapa minit
- Panaskan badan untuk scrabble : Regangkan otot pinggang dan bahu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan