Khamis, 28 Mac 2019

Pertandingan Scrabble Tertutup (23/3/2019)

Pertandingan Scrabble ini diadakan di Bilik Kuliah di dalam bangunan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar.
Pada pukul 8 pagi, pelajar dikehendaki mendaftar nama dan menambil kedudukan masing-masing di dalam bilik kuliah tersebut.
Ketua juri memberi taklimat selepas bacaan doa.



Pelajar diagihkan ke meja masing-masing mengikut pembahagian kumpulan yang telah diaturkan oleh ahli jawatankuasa.





Permainan bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi. Pertandingan berpasangan dimulakan dahulu dan kemudian permainan diteruskan dengan pertandingan individu.








Setelah permainan selesai, semua ahli kelab diberi rehat selama beberapa minit sementara ahli jawatankuasa yang lain sedang berbincang untuk mengira markah pemenang bagi kedua-dua kategori.






Pelajar dibenarkan bersurai setelah bilik kuliah tersebut dikemas dengan teratur.


Permainan (13/3/2019)



Percubaan oleh ahli kelab pada setiap kali permainan

Permainan (6/3/2019)







Ahli kelab berdedikasi untuk melatih diri untuk pertandingan yang akan datang

Permainan ( 16/1/2019)






Game untuk latihan setiap minggu diadakan untuk melatih ahli kelab dalam permainan Scrabble.

Pertandingan Scrabble Tertutup (23/3/2019)

Pertandingan Scrabble ini diadakan di Bilik Kuliah di dalam bangunan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Pada pukul 8 p...